MIA FC-BERHAJAT CIPTA NAMA DALAM LANDSKAP BOLASEPAK JOHOR

MIA FC merupakan kelab baru yang ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda dan masih lagi kurang dikenali oleh penggiat bolasepak tempatan.Namun begitu,MIA FC mempunyai cita-cita dan impian besar untuk mencipta nama dalam landskap bolasepak Johor dan khususnya Malaysia di masa depan.Kejayaan naik ke Div.2 daripada Div.3 pada tahun ini akan menjadi inspirasi kepada pemain untuk menjadi lebih baik.

Kelab ini pada awalnya ditubuhkan atas dasar minat kepada bola sepak dan untuk mengadakan perlawanan persahabatan.Liga JBFA merupakan liga kompetetif pertama yang disertai dan berharap mendapat tempat terbaik di Liga JBFA.Setiap pasukan pasti mempunyai rancangan masa depan mereka. Pengurusan MIA FC berharap di masa depan mereka dapat menguruskan pasukan secara lebih teratur dan baik.

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *