JBFA-DCL FIESTA MENCARI PASUKAN BERMINAT

JBFA-DCL FIESTA adalah sebuah kejohanan yang akan dianjurkan oleh Development Champion League(DCL) dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Daerah Johor Bahru(JBFA) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang(MPPG) untuk peringkat usia 10,12,14 dan 16 tahun. Kejohanan ini akan  dijalankan pada 2 tarikh berbeza iaitu 16 Februari(12 & 16) dan 2 Mac(10 & 14) bertempat di Padang Bolasepak Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Kejohanan ini berkonsepkan sebuah karnival 1 hari yang melibatkan 32 pasukan dipecahkan kepada 8 kumpulan iaitu 4 pasukan dalam setiap kumpulan yang akan bermain secara round robin dan peringkat kalah singkir sehingga perlawanan Akhir. Tempoh masa permainan adalah 15 minit separuh masa sahaja. Ini adalah bertujuan bagi menapis pasukan yang akan memasuki kejohanan Development Champion League(DCL) iaitu sebuah kejohanan berkonsepkan liga 16 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mengambil hanya 2 kumpulan terbaik daripada setiap kumpulan. DCL akan melibatkan hanya perlawanan separuh akhir dan akhir sahaja sebelum memperoleh juara untuk kejohanan tersebut.

Dengan DCL FIESTA ini,hanya 16 pasukan  terbaik daripada Johor yang akan layak ke DCL bagi menjaga kualiti permainan semua pasukan dan tidak mewujudkan jurang perbwzaan yang ketara di antara semua pasukan. DCL sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan daripada Majlis Sukan Negeri Johor,Kementerian Belia dan Sukan Johor,Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga Exco Belia,Warisan Dan Kesenian Johor. DCL sentiasa memastikan penganjuran memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh ROSA untuk menganjurkan sesebuah kejohanan dengan memiliki surat kebenaran penganjuran dan mentitik beratkan aspek keselamatan dengan mengambil ambulans,RELA dan memaklumkan kepada Polis di kawasan berdekatan.

Di harap pasukan terutamanya daripada Johor dapat menyertai kejohanan ini bagi menjayakan program ini bagi menyokong hasrat DCL mewujudkan sebuah budaya bolasepak akar umbi yang baik di Johor Bahru khususnya dan Johor amnya. Ini bagi memberi peluang bakat-bakat cilik ini menonjolkan bakat-bakat mereka supaya suatu hari nanti mereka akan dapat mewakili JDT sebagai salah seorang pemain yang berkaliber dan profesional,Insha Allah.

 

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *