BORANG PENDAFTARAN PEMAIN LIGA DIV 4 (LIGA REMAJA)

binance login

PERATURAN “LIGA JBFA 2019
LIGA DIVISYEN 4 JBFA ( PIALA REMAJA) BAWAH 20 TAHUN 2019

Jawatankuasa Pertandingan Liga akan menguruskan Liga JBFA 2019 akan melibatkan Pertandingan di bawah

  • (a)Liga Divisyen 4 (PIALA REMAJA)

Pertandingan di atas boleh menggunakan nama penaja utama pertandingan tersebut selagi tidak bercanggah dengan mana-mana Peraturan dan undang-undang Negara

1.2.LIGA DIVISYEN 4 JBFA (PIALA REMAJA)

(a)PENYERTAAN

i. Liga Divisyen 4 (Piala Remaja ) mengandungi 10 (Sepuluh) Pasukan seperti di tetapkan penganjur .

ii. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja .

iii. Piala Remaja terbuka kepada yang berumur 17 hingga 20 tahun yang lahir pada tahun 1999-2002 sahaja (kecuali pasukan jemputan )

iv. Terbuka kepada pasukan yang menyertai liga jbfa 2019 (Liga Super- Liga Divisyen 3)

v. Jika terdapat mana-mana pasukan yang menarik diri,kekosongan tersebut akan di gantikan dengan pasukan lain,tertakluk kepada keputusan Jawantankuasa Pertandingan dan Ahli Jawatankuasa Induk Jbfa.

vi. Kelab yang menyertai Liga Divisyen 4 (Piala Remaja ) Jbfa 2019 di wajibkan mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Yuran Penyertan setiap PASUKAN adalah seperti berikut

  • 2.1. Liga Divisyen 4 (RM 1000 ) Satu ribu Sahaja

3.1. Liga Divisyen 4 ( Piala Remaja)

  • Juara RM 2000 berserta Piala Pusingan dan medal
  • Naib Juara RM 1000 berserta Medal

4.1.Liga Divisyen 4 (Piala Remaja )

  • i) 10 Pasukan akan di jalankan secara liga satu pusingan

5.1. Proses Undian secara terbuka akan di tetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan

6.1. Undang-undang permainan adalah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang di putuskan oleh PBNJ ,FAM, AFC DAN FIFA

6.1.1.Masa Permainan ialah 90 minit (45 minit bagi separuh Masa pertama dan 45 minit bagi separuh masa kedua). Rehat Pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 10 minit kecuali dengan kebenaran pengadil

Waktu bermula sesuatu perlawanan (sepak Mula) adalah seperti yang tercatat di dalam Jadual Pertandingan Rasmi (5.15 Ptg ) serta mematuhi kira detik perlawanan (CDTK) yang telah ditetapkan dan waktu sepak mula hanya boleh di pinda dengan Kelulusan Jawatankuasa Pertandingan

i. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata ,Pasukan Yang seri akan mendapat (1 ) mata dan Pasukan yang kalah mendapat (0) mata

ii. Dalam Pertandingan Liga 1 pusingan atau lebih,penentuan pasukan tempat teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut

  • (a) Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi.jika masih sama di tentukan oleh
  • (b) Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak,jika masih sama di tentukan oleh
  • (c) Pasukan yang mempunyai jaringan gol terbanyak,jika masaih sama di tentukan oleh
  • (d) Jika terdapat (2) dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama,maka penentuan pasukan teratas hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut :
    • i. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak di antara pasukan-pasukan terlibat (head to head) ,jika masih sama di tentukan oleh
    • ii. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak di antara pasukan-pasukan terlibat,jika masih sama di tentukan oleh
    • iii. Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak di antara pasukan-pasukan terlibat
    • iv. Kedudukan Tertinggi dalam carta amalan FAIRPLAY.

Penentuan Kedudukan dalam carta Amalan Fair Play adalah berdasarkan pemberian mata demerit seperti berikut :

  • (a) Setiap Kad Kuning – Satu (1) mata
  • (b) Setiap Kad Merah akibat daripada dua (2) Kad Kuning – Tiga (3) mata
  • (c) Setiap Kad Merah langsung – Tiga (3) mata
  • (d) Setiap Kad Kuning dan di ikuti dengan kad merah langsung – Empat (4) mata

Pasukan yang menerima mata paling sedikit akan menduduki tempat yang tertinggi dan jika masih sama lagi

(1) Lain –lain akan di tentukan Oleh JawatanKuasa Pertandingan Liga JBFA 2019 yang mana keputusan nya adalah MUKTAMAD

10.1 Jika perlawanan tidak boleh di mulakan pada masa yang di tetapkan dalam jadual pertandingan di sebabkan oleh apa jua keadaan,tatacara yang berikut hendaklah di ikuti

10.1.1. Perlawanan mesti di tangguhkan untuk sekurang-sekurangnya tiga minit (30) .Dalam tempoh berkenaan match Komisioner (m.C) memutuskan perlawanan boleh di mulakann sebelum berakhirnya tempoh penangguhan berkenaan

10.1.2. Mengikut budi bicara Match Komisioner (M.C) lanjutan kedua tempoh penangguhan selama 30 minit boleh di benarkan jika pada pendapat pengadil tempoh penangguhan tambahan ini akan membolehkan perlawanan di mulakan,jika tidak pada akhir tempoh penangguhan tiga minit pertama,Pengadil hendaklah mengisytiharkan perlawanan telah di batalkan.

11.1. Jika perlawanan di hentikan oleh pengadil sebelum akhir masa biasa atau masa tambahan di sebabkan oleh apa jua keadaan ,tatacara yang berikut hendaklah di patuhi.

11.2. Perlawanan di hentikan selama tiga puluh (30) minit Pegawai Perlawanan (mc) boleh memutuskan perlawanan boleh dimulakan sebelum berakhirnya tempoh pemberhentian berkenaan

11.3. Mengikut budi bicara Pegawai Perlawanan (mc) lanjutan kedua tempoh pemberhentian tiga minit (30) boleh dibenarkan jika pada pendapat 11.4.pengadil tempoh pemberhentian tambahan ini akan membolehkan perlawanan di teruskan,jika tidak pada akhir tempoh pemberhentian tiga (30) minit pertama,Pengadil hendaklah mengistiharkan perlawanan tidak dapat di teruskan.

i. Pegawai Perlawanan (mc) hendaklah mengistiharkan perlawanan tidak dapat di teruskan setelah berakhirnya lanjutan kedua tempoh pemberhentian.

ii. Prinsip-prinsip yang berikut hendaklah terpakai bagi memulakan perlawanan yang di hentikan

  1. Perlawanan hendaklah dimulai dengan pemain –pemain yang sama di atas padang semasa perlawanan di hentikan dan gantian boleh di buat mengikut bilangan yang layak sebagaimana ketika perlawanan pada mulanya terhenti
  2. Tiada tambahan atau pengantian pemain boleh di buat pada senarai Pendaftaran Perlawanan (Startlist)
  3. Pasukan hanya berhak untuk menggunakan baki biliangan penggantian pada ketika perlawanan itu di hentikan
  4. Pemain yang di perintah keluar padang semasa perlawanan yang di hentikan tidak boleh di ganti
  5. Mana-mana sekatan yang dikenakan sebelum perlawanan di tinggalkan kekal sah untuk baki masa perlawanan
  6. Masa sepak mula,tarikh dan venue hendaklah di putuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan
  7. Mana-mana perkara yang memerlukan keputusan selanjutnya boleh di putuskan oleh Jawatankuasa Penganjur

Hanya venue yang telah di tetapkan oleh jawatankuasa pertandingan sahaja dan di telah di periksa seta diluluskan Oleh Jawatankuasa Pertandingan sahaja boleh digunakan serta.

Venue Perlawanan tidak boleh di pinda kecuali dengan kebenaran dan kelulusan Jawatankuasa Pertandingan

BANGKU SIMPANAN DAN KAWASAN TEKNIKAL

I. Maksimum 5 orang pegawai dan 14 pemain simpanan di benarkan duduk di bangku pemain simpanan pada mana-mana perlawanan

II. Pegawai –pegawai yang berada di kawasan teknikal hendaklah sentiasa bersopan dan berkelakuan bertanggungjawab dan mematuhi panduan yang di gariskan oleh JBFA berkaitan kawasana teknikal

III. Warna pakaian pegawai dan pemain di bangku simpanan mestilah berbeza dengan pakaian pegawai perlawanan dan pemain-pemain di padang

IV. Pegawai Pasukan dan pemain di bangku simapanan di larang sama sekali melakukan perkara –perkara berikut :

  • (a) Memasuki padang permainan tanpa kebenaran pengadil
  • (b) Provokasi sama ada dengan perkataan atau perbuatan,memgeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan atau isyarat lucah kepada pegawai pasukan,pemain serta pegawai perlawanan
  • (c) Membantah keputusan pengadil sama ada dengan perkataan,perbuatan atau niat ysng boleh menimbulkan keresahan penonton
  • (d) Merosakkan peralatan di bangku simpanan (jika ada) atau melakukan perkara yang boleh merosakkan bangku simpanan dan kawasan teknikal serta sebarang peralatan pengelola perlawanan
  • (e) Membaling dan melontar sebarang objek ke dalam padang permainan

Bola di sediakan oleh penganjur di semua venue pertandingan

Jawatankuasa Pertandingan Liga hendaklah menyusun jadual pertandingan yang mengandungi tarikh,bilangan perlawanan,pasukan- pasukan yang bermain,masa,venue dan hendaklah di serahkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian sebelumnya bermula pertandingan melalui email/serahan tangan atau aplikasi “whatsapp”.

Pasukan yang ingin membuat pindaan jadual pertandingan hendaklah memohon kepada Jawatankuasa Pertandingan dengan mematuhi syarat-syarat berikut

i) Permohonan hendaklah di buat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh perlawanan yang telah di jadualkan.

ii) Jawatankuasa Pertandingan akan membuat keputusan ke atas permohonan pindaan jadual pertandingan tersebut dan jawatankuasa pertandingan mempunyai kuasa menetapkan apa-apa syarat yang di fikirkan perlu dan patut yang mana keputusan tersebut adalah MUKTAMAD

iii) Jika Jawatankuasa Pertandingan membuat pindaan jadual atas sebab kepentingan pasukan daerah dan Jabatan kerajaan atau pada pendapat Jawatankuasa Pertandingan ia tidak dapat di elakkan,maka pasukan-pasukan yang terlibat hendaklah mematuhi pindaan jadual pertandingan tersebut dengan syarat pemakluman pindaan tersebut hendaklah selewat-lewatnya (7 ) tujuh hari sebelum tarikh perlawanan.

15.1. PENDAFTARAN PERTAMA PEMAIN

15.1.1.Pendaftaran akan bermula selepas taklimat Liga Divisyen 4 (Piala
Remaja) JBFA pada 26 Februari 2019 hingga 5 mac 2019

15.2. PENDAFTARAN KEDUA PEMAIN

15.1.2. Pertukaran pemain dan penambahan pemain di benarkan apabila musim perpindahan di buka .Pertukaran dan penambahan di benarkan (5 Pemain ) apabila pasukan terbabit sudah tamat perlawanan ketiga di benarkan berbuat demikian dan di benarkan bermain pada perlawanan keempat pasukan tersebut.

15.3. Setiap Kelab hendaklah mendaftarkan 20 pemain (Termasuk penjaga gol) dan 5 orang pegawai.Pemain yang berumur 17 dan 18 TAHUN seramai 15 pemain manakalan pemain yang berumur 19 dan 20 tahun ialah 5.

15.4.Pemain yang di daftarkan dalam liga super hingga liga divisyen 3 Liga jbfa 2019 yang berumur bawah 20 tahun di benarkan bermain dalam Liga Divisyen 4 Jbfa (Piala Remaja ) (5 orang ) sahaja

15.5.Pemain yang bermain dalam liga jbfa 2019 tidak di benarkan bermain dalam dalam pasukan lain dalam liga remaja

15.6. Hanya pemain yang didaftarkan oleh kelab akan dibenarkan bermain dalam liga.Semua pemain mesti didaftarkan dengan mengunakan borang pendaftaran pemain berserta 1 salinan kad pengenalan .Seseorang pemain hanya dibenarkan bermain dengan satu kelab sahaja sama ada dalam liga pada satu musim.Adalah menjadi tanggungjawab kelab untuk memastikan bahawa pemain tersebut layak untuk mewakili kelab tersebut.

15.7. Seseorang pemain akan di anggap telah didaftarkan dan berhak untuk bermain bagi kelabnya apabila beliau menerima lesen pemain mereka.Setiap Pemain mesti menunjukkan lesen pemain/ Kad Pengenalan mereka sebelum permulaaan perlawanan. Jika seseorang itu gagal berbuat demikian.beliau tidak akan di benarkan bermain.

15.8. Pegawai Perlawanan (M.C) akan memeriksa Kad Pengenalan pemain pada setiap pemain dan pemain gantian sebelum pemain dan pemain gantian tersebut dibenarkan memasuki padang bagi setiap perlawanan. Seorang pegawai kelab boleh berada bersama semasa pemeriksaan Kad Pengenalan pemain di buat.

15.9. Pegawai Pasukan tidak berhak memegang Kad Pengenalan Pasukan lawan dan sebaliknya.

15.10. Sekiranya seseorang pemain menandatangi borang pendaftaran untuk lebih daripada satu kelab dalam pertandingan ini

(a) Pemain tersebut akan di anggap bersalah kerana salahlaku dan tidak dibenarkan bermain dalam Liga di samping tindakan lain yang boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Pertandingan ke atasnya dan
(b) Pemain tersebut tidak boleh bermain dalam sebarang perlawanan sehingga keputusan Jawatankuasa Pertandingan

15.11. Pemain yang enggan bermain untuk sesuatu kelab tetapi namanya digunakan oleh kelab itu mesti menulis surat rasmi ke kelab asal untuk mendapatkan pelepasan rasmi.

15.11. Jika Kelab yang berkenaan menulis surat rasmi ke kelab asal untuk mendapatkan pelepasan rasmi.

15.12. Jika Kelab yang berkenaan mengunakan nama pemain itu dalam senarai pasukan tetapi menurunkan orang lain untuk bermain,kelab itu di anggap telah melakukan kesalahan dan boleh di kenakan tindakan

15.13. Tanpa prejudis kepada kuasa amnya Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak mutlak dalam memutuskan hal-hal yang berkaitan dengan Peraturan Pertandingan

15.14. Pemain yang bermain dalam Liga Malaysia anjuran Persatuan BolaSepak Malaysia pada tahun 2019 tidak dibenarkan bermain (Piala Presiden/Belia /sekolah sukan negeri dan sekolah sukan Malaysia )

15.15. Pemain yang di gantung oleh FAM/PBNJ mesti mendapat surat rasmi atau pelepasan rasmi daripada FAM/PBNJ sebelum mereka layak didaftarkan untuk Liga Dan Piala FA

15.16. Jawatankuasa Pertandingan berhak menolak pendaftaran mana mana pegawai atau pemain atas sebab tertentu selepas mendapat laporan dari mana-mana pihak atas kelakuan pegawai atau pemain tersebut

15.17. Kelab yang mendaftar pegawai dan pemain,hendaklah memastikan mereka bertanggungjawab menjaga nama baik kelab,jika berlaku insiden seperti pergaduhan atau memukul pegawai perlawanan, maka pegawai tertinggi kelab tersebut perlu bertanggungjawab.

16.1. Sebelum perlawanan bermula(15 minit),pengurus pasukan yang bertanding akan menyerahkan senarai pemain yang mengambil bahagian dalam perlawanan itu (STARTLIST) kepada Pegawai Perlawanan (M. C).Pengadil akan memajukan laporannya tentang perlawanan itu kepada Setiausaha Pertandingan dalam masa 48 jam selepas perlawanan

16.2. Perlawanan tidak boleh dimulakan tanpa senarai pemain (startlist) dan Kad Pengenalan/Lesen pemain yang rasmi yang dikeluarkan oleh penganjur

16.3. Pemain/Pegawai yang tiada lessen/Kad Pengenalan pemain tidak dibenarkan bermain dan berada di padang atau bangku simpanan

16.4. Untuk perlawanan tiada had pemain .pasukan bebas untuk menentukan pemain

Penggantian Pemain ialah 5 Pemain (5 pemain TERMASUK Penjaga Gol) di dalam masa permainan termasuk masa tambahan.Pemain yang telah di gantikan tidak boleh menyertai semula permaianan termasuklah untuk membuat sepakan dari tanda penalti.

Pasukan wajib mendaftar 5 orang pegawai yangmempunyai syarat seperti berikut :

  1. Pengurus Pasukan
  2. Ketua Jurulatih
  3. Penolong Jurulatih
  4. Kitman
  5. Fisioterapis

18.1. KELAYAKAN KETUA JURULATIH

18.1.1. Liga Divisyen 4 memiliki Lesen Kejurulatihan Lesen D /FAM

19.1. Jika mana-mana kelab menarik diri daripada liga atau Piala FA selepas cabutan di buat,atau sebelum menamatkan jadualnya,tindakan tatatertib akan di ambil terhadap kelab tersebut oleh jawatankuasa pertandingan termasuk(kecuali atas sebab –sebab yang luar biasa ) digantung serta merta.Sebagai tambahan, Jawatankuasa Pertandingan akan mengenakan denda yang tidak melebihi RM 1000 ke atas kelab dan selagi denda itu tidak di bayar, Kelab berkenaan tidak akan di benarkan bermain.Setiap perlawanan liga yang di sertai oleh kelab yang menarik diri daripada pertandingan dan/atau di gantung pada bila-bila masa semasa musim pertandingan akan di anggap sebagai tidak berlaku.

19.2. Sesuatu kelab akan di anggap sebagai telah menarik diri daripada liga jika ia gagal menurunkan pasukan untuk sejumlah TIGA perlawanan semasa musim itu.

19.3. Kelab yang tidak hadir bagi sesuatu perlawanan untuk kali pertama akan di kenakan denda seperti berikut :

  1. Liga JBFA RM 300 dan di bawa ke jawantankuasa Tatatertib

19.4. Kelab yang tidak hadir bagi sesuatu perlawanan untuk kali kedua dan seterusnya akan di kenakan denda seperti berikut :

  1. Liga JBFA RM 500 dan di bawa ke jawatankuasa tatatertib

19.5. Kelab hanya akan di beri tempoh selama 14 hari oleh Jawatankuasan Pertandingan untuk membayar denda yang dikenakan ke atasnya dan jika kelab tersebut tidak membayar denda tersebut itu dalam masa yang ditetapkan,Jawatankuasa Pertandingan akan membuat cadangan kepada Jawantankuasa Induk agar kelab tersebut di gantung dan sebarang keputusan Jawatankuasa Induk mengenai penggantungan kelab tersebut adalah muktamad

19.6. Pemain yang berdaftar dengan sesuatu kelab yang menarik diri atau di gantung daripada liga atau Piala FA mesti memohon kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk berdaftar dengan kelab baru dan keputusan ini akan di maklumkan kepada semua ahli gabungan.Pegawai dari kelab yang menarik diri atau di gantung daripada liga atau Piala FA tidak di benarkan berdaftar atau memegang jawatan di dalam mana-mana kelab yang lain pada masa yang sama

Mana-mana kelab yang menurunkan pemain yang tidak berdaftar atau yang tidak layak akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM 300 dan tidak akan dapat mata bagi perlawanan tersebut.Tindakan lanjut boleh di ambil terhadap kelab tersebut mengikut budi bicara Jawatankuasa Pertandingan dan sebanyak tiga mata akan di berikan kepada kelab lawan dengan jaringan 3-0

21.1. Jawatan kuasa Pertandingan akan melantik seorang pengadil dan dua orang pembantu pengadil dari Pengadil yang berdaftar dengan PBNJ/FAM untuk setiap perlawanan

21.2. Tertakluk kepada peraturan 22.4 di bawah,sekiranya mana-mana pengadil dan penolong pengadil yang di lantik oleh JBFA tidak hadir pada waktu yang ditetapkan bagi perlawanan itu,perlawanan itu akan di tunda ke tarikh yang lain yang akan di atur oleh Jawatankuasa Pertandingan

21.3. Sesuatu perlawanan boleh diteruskan walaupun pengadil dan penolong pengadil yang di lantik JBFA tidak hadir pada waktu yang di tetapkan bagi perlawanan itu sekiranya kedua-kedua yang terlibat bersetuju untuk melantik pengadil dan penolong pengadil penganti (selepas ini dirujuk sebagai pengadil pengganti) dengan syarat bahawa kedua-dua kelab tersebut di kehendaki menandatangani suatu surat akuan dalam bentuk yang dipersetujui oleh JBFA di mana setiap kelab tersebut mengakujanji bahawa ia menerima sepenuhnya perlantikan pengadil penganti tersebut dan tiada bantahan akan di timbulkan olehnya terhadap perlantikan tersebut kelak.

21.4. Pengadil atau penolong pengadil yang di lantik oleh JBFA yang gagal memenuhi tanggungjawab mematuhi masa untuk tarikh perlawanan liga akan dianggap telah membuat salah laku yang akan di tangani oleh Jawatankuasa Pengadil PBNJ.

21.5. Sekiranya pemain atau pegawai sesuatu kelab menyerang pengadil/penolong pengadil sebelum /selepas/semasa sesuatu perlawanan, kelab itu akan direhatkan serta merta daripada liga sementara menunggu Jawatankuasa Pertandingan membuat keputusan

21.6. Pemain/Pegawai yang terlibat akan di gantung serta merta dari bermain dan perlu mengadap Lembaga Tatatertib untuk dijatuhkan hukuman.Sehingga keputusan di buat oleh Lembaga Tatatertib, pemain/pegawai tersebut tidak dibenarkan bermain.

22.1. Apabila warna jersi kedua-dua kelab adalah sama,Pasukan Pelawat di dalam senarai jadual perlawanan (startlist)) akan menukarkan jersinya.Penjaga gol semasa bermain dalam perlawanan akan memakai pakaian yang berbeza daripada kedua-dua kelab yang bertanding dan juga berbeza dari pengadil.

22.2. Kesemua pemain mesti memakai jersi yang lengkap dan dengan pelapik tulang kering (Shin Guard), dan pemain akan diberikan amaran jika engkar.Kesalahan yang di ulang akan menyebabkan kelab itu di singkir daripada liga.

22.3. Semua jersi hendaklah bernombor.Mana-mana pasukan yang tidak mematuhi peraturan ini akan di kenakan denda tidak lebih daripada RM200.

22.4. Hanya Jersi bernombor 1 hingga 25 sahaja di benarkan dan pemain perlu mengunakan nombor yang sama sehingga tamat pertandingan musim 2019.

Jawatankuasa tatatertib Jbfa akan mengendalikan semua kes tatatertib tidak terhad kepada pasukan,pemain, pegawai dan penyokong yang terlibat dalam aktiviti pertandingan anjuran JBFA berkuasa mengenakan hukuman

Hukuman Tatatertib secara automotik ke atas pemain kerana kesalahan kad kuning

PERTANDINGAN PERKARA HUKUMAN
Liga Divisyen 4 Tiga (3) kad Kuning Dalam Perlawanan liga yang sama berlainan perlawanan Gantung 1 perlawanan berikutnya (pertandingan yang sama)

 

24.1. Pemain yang menerima kad merah atau di perintah keluar padang kerana kesalahan menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan yang sama akan di gantung automotik untuk satu (1) perlawanan berikutnya dalam pertandingan yang sama (Denda RM 100)

24.2. Pemain yang menerima kad merah atau di perintah keluar padang kerana mendapat (1) kad merah akan di gantung automotik dua (2 ) perlawanan berikutnya dalam pertandingan yang sama (denda RM 100)
.Walaubagaimanapun pengantungan lanjut boleh di kenakan oleh jawatankuasa tatatertib sekiranya melibatkan insiden yang serius.

24.3. Hukuman penggantungan yang di terima semasa peringkat kumpulan hendaklah di laksanakan sepenuhnya walaupun jika terpaksa di bawa ke peringkat kalah mati.

24.4. Pemain yang menerima kad merah (terus atau tidak) pada perlawanan terakhir liga atau peringkat kalah mati,hukuman akan di bawa ke hadapan dan kesalahan kad merah akan berkuatkuasa pada perlawanan pertama sama atau pada pertandingan yang berlainan

25.1. Mana-mana pegawai yang di perintah keluar meninggalkan bangku simpanan akan di gantung automotik (1) satu perlawanan berikutnya.Walaubagaimanapun penggantungan lanjut boleh di kenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib sekiranya melibatkan insiden yang serius

25.2. Hukuman penggantungan yang di terima semasa peringkat kumpulan hendaklah di laksanakan sepenuhnya walaupun jika terpaksa di bawa ke peringkat kalah mati.

Mana-mana pemain,pegawai yang dikenalpasti di laporkan berkelakuan ganas atau tidak tertib boleh dirujukkan ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya

27.1. Semua pertanyaan tentang kelayakan, kelulusan pemain , atau tafsiran peraturan ini akan di rujuk kepada Jawatankuasa Pertandingan

27.2. Semua Surat Bantahan mestilah ditandatangani oleh pengurus kelab,sebarang surat bantahan yang tiada ditandatangani oleh pengurus kelab tidak akan di layan.

27.3. Bantahan tidak boleh di buat terhadap keputusan mengenai perkara–perkara fakta yang di putuskan pengadil semasa perlawanan

27.4. Tiada Bantahan (termasuk bantahan yang berkaitan dengan ukuran padang atau kelengkapannya) akan di layan kecuali di mana

  • (a) Pengadu telah mengemukakan bantahannya secara bertulis dalam 3 salinan berserta bukti kepada Setiausaha Pertandingan dalam masa 48 jam selepas kejadian yang di bantah berlaku dan jawatankuasa pertandingan akan mengadakan mesyuarat dalam masa 14 hari selepas menerima bantahan tersebut dan
  • (b) Kelab yang membuat aduan itu telah memaklumkan kepada pengadil dan membayar kepada setiausaha pertandingan yuran bantahan RM 1000 dalam bentuk wang tunai sahaja yang diterima.Sekiranya bantahan di tolak,kelab yang membuat bantahan akan kehilangan wang itu.Tetapi jika bantahan di terima yuran bantahan akan di kembalikan RM 700 setelah menolak kos perbicaraan bantahan

27.5. Jawatankuasa Pertandingan tidak akan mendapatkan pengesahan atau bukti bantahan daripada mana-mana pihak dan adalah menjadi tanggungjawab kelab yang membuat bantahan untuk membuktikan kesahihan bantahan tersebut apabila menyerahkan surat bantahan tersebut kepada Jawatankuasa Pertandingan layak mewakili mereka.

27.6. Setiap kelab adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pemainnya. Jika timbul kekeliruan atau kemusykilan kelab boleh merujuk kepada Jawatankuasa Pertandingan.

27.7. Sebarang pertikaian yang berlaku antara kelab-kelab dalam liga akan di rujuk kepada penimbangtaraan Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya akan mengikut semua segi tertakluk keputusan Jawatankuasa Rayuan

27.8. Kelab yang terlibat dalam bangkangan,bantahan atau pertikaian berhak untuk menghantar tidak lebih daripada 2 orang wakil (Pengurus di wajibkan) untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan, Lembaga Tatatertib atau Jawatankuasa Rayuan yang di lantik untuk mendengar kes tersebut. Pemain- pemain tidak di benarkan mewakili kelab kecuali di dalam kes-kes tertentu.

27.9. Kelab yang kalah dalam bantahan boleh membuat rayuan melalui Setiausaha Pertandingan secara bertulis kepada rayuan dalam tempoh 48 jam selepas menerima keputusan bantahan dan jawatankuasa rayuan akan mengadakan mesyuarat dalam masa satu minggu selepas menerima rayuan kelab tersebut

27.10. Jawatankuasa Pertandingan/Lembaga tatatertib berhak membuat keputusan atau menjatuhkan hukuman tanpa memanggil pihak terlibat sekiranya pihak Jawatankuasa Pertandingan/Lembaga Tatatertib merasakan laporan pengadil sudah memadai dan jelas.

28.1. Jika timbul sebarang keadaan luar jangka yang peruntukannya tidak ada dalam peraturan ini.Jawantankuasa Pertandingan akan menangani keadaan itu sebagaimana yang ia di anggap wajar dan keputusan jawatankuasa pertandingan terhadapnya adalah muktamad

29.1. Ahli-ahli kelab,lain-lain badan dan pegawai-pegawainya tidak di benarkan membawa pihak Penganjur ke mahkamah dalam apa jua keadaan.Jika Kelab tersebut engkar,maka kelab tersebut boleh dibatalkan penyertaannya

30.1. Pemindaan peraturan hanya boleh di buat oleh pihak penganjur, dan sebarang pindaan akan di maklumkan kepada semua kelab yang bertanding dalam Liga JBFA/Piala FA 2019

30.2. Apabila membuat permohonan untuk menyertai pertandingan,setiap kelab akan di anggap sebagai bersetuju dengan peraturan ini dan bersetuju untuk mematuhi keputusan Jawatankuasa Pertandingan/Pihak Penganjur.

31.1. Peraturan ini hendaklah di patuhi sepenuhnya oleh Pasukan,Pegawai dan Pemain,Kejujuran dan keikhlasan untuk mematuhi semua peraturan Jawatankuasa Pertandingan di dalam pengelolaan dan pengurusan liga adalah menjadi tanggungjawab kepada Pasukan,Pegawai dan Pemain

31.2. Mana-mana Pasukan,Pegawai atau Pemain yang mengingkari mana- mana peraturan di dalam peraturan Liga JBFA 2019 boleh di kenakan tindakan atau tindakan-tindakan hukuman-hukuman seperti berikut :

31.2.1. Amaran Keras

31.2.2. Pasukan boleh di kenakan denda maksimun RM1,000. Pegawai boleh di kenakan denda maksimun RM 700,Pemain Boleh di kenakan denda RM 500,manakala denda minimum bagi pasukan,Pegawai dan Pemain di putuskan oleh jawatankuasa rayuan ,Jikan Pasukan ,Pegawai dan Pemain gagal menjelaskan denda pada tarikh yang di tetapkan maka Pasukan,Pegawai dan Pemain tidak boleh menyertai aktiviti bolasepak walaupun penggantungan telah tamat.

31.2.3. Pasukan boleh di gantung untuk beberapa perlawanan atau musim atau musim-musim berikutnya

31.2.4. Mata minimum Pasukan sebanyak 3 mata boleh di potong untuk perlawanan pasukan

31.2.5. Apa-apa tindakan tatatertib yang di tentukan oleh Jawantankuasa tatatertib

Sebarang pertikaian tentang status pemain dan status pegawai pasukan hendaklah di rujuk kepada Jawatankuasa Status Pemain JBFA

Perkara yang tidak di senaraikan di dalam Peraturan ini akan di tentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana ianya keputusan muktamad dan tiada sebarang rayuan akan di terima

34.1. Peraturan ini akan terpakai setelah pengundian dilaksanakan sehingga tamat Liga JBFA dan segala hal yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusan adalah MUKTAMAD.

LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH INI

Borang JB01: Klik sini

Borang JB02: Klik sini

Borang JB03: Klik sini

Borang JB05: Klik sini